Friday, June 26, 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK GOMBAK!

Baru-baru ni, ada satu budak berambut merah buat satu jenayah tak silap aku PECAH RUMAH.Kes ni berlaku kat gombak. Ramai orang cekup dia pastu serah kat polis. Masalah nyer sekarang , dia mengaku dia ni anak Yusuf Haslam pastu dia cakap nama dia Syafiq!!! aaaarrrrrggghhh!!! s#@l betul lar mamat ni!!! dia menyamar jadi diri aku supaya dia boleh lepas. MEMALUKAN AKU BETUL!!!! Pastu aku dengar ada orang percaya cakap mamat nih, tak ke rosak nama aku??? masa tu polis call rumah cakap kat kakak aku yang aku kena tangkap polis! padahal aku tengah makan dengan family aku!!! tambah lagi dia claim yang diri dia kena jamin keluar pejabat bolis sebab SHAMSUL yang jamin dia!! Pada 25 jun malam, ada sekumpulan orang bawak dia datang rumah aku, malangnya aku takde tapi mak bapak aku ada. So parents aku sahkan yang mamat nih penipu. Soal punyer soal kat budak nih dia tak cakap ape2, dia diam jer...sapa mak bapak dia pon kitaorang tak tau...

Aku pelik betul dengan mamat berambut merah ni....Apa yang dia nak??? sape dia nih yang sebenarnyer???? apa agenda dia???? siap sanggup buat kad pengenalan palsu yang ada nama aku! Cuba bayangkan kalau korang kena aniaya macam ni..tak sakit hati ke?? Orang lain pecah rumah tiba-tiba nama aku plak kena petik!!dah lar tahun ni aku nak SPM, bercelaru otak aku!!

AKU HARAP PENDUDUK GOMBAK JANGAN PERCAYA KAT MAMAT SAKIT MENTAL NIH!

Sunday, June 21, 2009

COMPOSITE TEST (TRANSFORMERS)


This is actually the image of kl drift filming set which is located in Putrajaya. I was bored so i tried to make this picture to be more interesting. I took some transformers image from google and composite it together with the kl drift image. Plus, i added the blue lens flare to get the feel of the transformers movie and this is the result. I cant wait to watch TRANSFORMERS 2 this 24 june!!!!

Wednesday, May 27, 2009

EVOLUSI KL DRIFT 2 PICTURES!!!




Dari pandangan aku, pengambaran KL DRIFT 2 ni bukan jer penuh dengan cabaran ,DUGAAN pon banyak gak!! hmmmm..macam2 masalah berlaku, kereta rosak, kereta aksiden, kren rosak,kereta melambung,cuaca tunggang langgang, kamera pecah kena langgar, bergaduh, footage filem hampir hilang dan macam2 lagi...hhmmm..nak buat camne..reda dan tawakal pada ALLAH sahaja lar..Ramai orang ingat buat filem ni senang,mudah,goyang kaki...tapi hakikatnyer.....AAAAAARRRRRGGGGGHHHHH!!!!!SUSAH NAK MAMPOS!!! Baru aku faham kenapa papa aku slalu sedih kalau orang kritik filem dia...kerana keperitan nak hasilkan sebuah filem memang susah!!Aku harap bila tiba masanya aku jadi pengarah filem nanti, aku boleh tempuh cabaran ngan dugaan industri ni.... HIDUP FILEM MALAYSIA!!!

Monday, April 27, 2009

LAGU TEMA FILEM BOHSIA!!! 'CIK ADIK' JAMES BAUM

SORRY SEBAB LAMBAT UPLOAD...INTERNET PROBLEM, ENJOY THE MUSIC VIDEO!

Thursday, February 12, 2009

A VERY SHORT MOVIE!!! (EXPERIMENTAL)



This short film took me only 20 minutes to shoot. I had great times shooting this film but still, it's not my best work yet...

location:RESTAURANT BORA OMBAK
actors: Fizzy & Azrai
editor: Syafiq
director: Syafiq

Sunday, February 8, 2009

BOHSIA(JANGAN PILIH JALAN HITAM...)18PL TRAILER

Filem kedua arahan syamsul yusof, terbitan skop productions dan grand brilliance. Bakal menggegarkan pawagam-pawagam berdekatan anda pada 23 april 2009!!!

Tuesday, January 27, 2009

EVOLUSI KL DRIFT 2!!!!

Pelancaran filem EVOLUSI KL DRIFT 2!!!!! Pengambaran filem ini akan dimulakan pada bulan febuari 2009.Dengan kos produksi yang bernilai 2.5 juta, syamsul yusuf (pengarah filem ekld2) menjanjikan kelainan dan kejutan yang lebih hebat dari filem kl drift pertama. Pelancaran filem ini bertempat di bangunan perbadanan kemajuan filem nasional (FINAS).



Thursday, January 1, 2009

2009!!! I'M HAPPY AND ALSO SCARED!!!


When i was in kindergarten, i wish that time could move faster..........But today i feel that time is moving too fast!!! GOD!!! Help me!!! I'm in form 5 now and I'm taking SPM this November!!! This feels like a dream to me, a nightmare! Let me be honest, I'm not the 'A student' type so this SPM EXAM is killing me!!!!!!!!! I always failed my math! Aaaaarrrrggghhhh......!!!!!!!! I hate that subject!!!!!!!! It felt really hurt seeing the reaction on my mom face when she knew that i failed my math....What am i going to do??? Its the SPM EXAM!!! Its not a small matter!!!hhuuuuhhh...


Okay that was the bad story , now I'm going to write about the good story. The thing that makes me feel happy is that i got only 1 year left for school, after that.......FREEDOM!!!!!!! I'm gonna get my driving license late this year, make a short film after SPM and I'm gonna produce some tracks and become an independent artist...oh ya..I almost forgot, I'm gonna play a role in 'RODA-RODA KUALA LUMPUR' for the 2nd and the 3rd season...INSYAALLH.....

Thursday, December 25, 2008

AJAL TIDAK MENGENAL USIA!!!


Aku baru sahaja dimaklumkan bahawa sahabat baikku Adi Azfia telah meninggalkan dunia....Innalillah wa innalillah hi ra jiun........Sahabatku baru sahaja berumur 16 belas tahun dan dia rakan sekelas aku....Banyak kenangan manis yang aku berkongsi bersamanya....Dia seorang yang baik hati, dan senang untuk sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengannya....Kali terakhir aku berjumpa dengan dia bertempat di restoran NZ wangsa maju....Tidak terlintas fikiranku bahawa itulah perjumpaan kali terakhir bagi kami berdua....Aku sungguh terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia telah meninggal dunia...Dan pada kali pertama dalam hidupku, barulah aku benar-benar faham bahawa ajal maut tidak mengenal perbezaan usia......Aku percaya...ada hikmah disebalik kejadian tersebut.......Aku tahu yang aku bukanlah seorang yang yang sempurna dan telah banyak dosa yang tak terkira telah aku lakukan.....Aku memohon dan berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan hidayah.....Amin...... Aku sedar.....kita patut hargai hidup kita dan jangan mensia-siakannya dan juga menghargai rakan-rakan yang masih lagi hidup....



TAKZIAH UNTUK ADI AZFIA SAHABAT BAIKKU, SEMOGA ROH BELIAU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....AMIN.....

Thursday, December 18, 2008

I AM THE 'RAKYAT'!!!


I LOVE MALAYSIA SO MUCH!!! I LOVE MALAYSIAN PRODUCTS!!! I LOVE MALAYSIAN MOVIES!!! I LOVE MALAYSIAN MUSIC!!! I'M VERY HAPPY TO LIVE IN MALAYSIA!!!.....
Hhmmm.....It's very rare that we Malaysians say those things right now...don't you people think so??? Maybe some Malaysians do, but many are saying and feeling the opposite way...This December was a great school holiday to me, for me being in Malaysia is being myself, and being in other country feels like a stranger..I'm destined to be born in Malaysia for a reason...but only GOD knows....Many people like to buy stuff that are 'imported', but for me local products come first! Many people worship imported music and hating the local music, but for me local music come first! A lot of people wants to watch 'Hollywood movies' but for me...........i think you guys already figure it out..haha..I'm very sensitive if people disrespect my country...I'll defend my country no matter what it takes...This is me! This is what i am! I'm not trying to show off that I'm 'patriotic' to my country but the fact is..................I am........

Sunday, December 7, 2008

AIDIL ADHA 2008!!! (SEMBELIH LEMBU!!!)




Hari raya korban dekat Taman Melawati tahun 2008 agak boleh tahan meriah jugak lar...tapi lepas pukul 12 tengah hari habis semua lengang sepi....Masa tengah sembelih lembu-lembu tu, hujan turun renyai-renyai...fuh!!! dramatik lar pulak....macam dalam filem tapi watak utamanya adalah lembu-lembu yang ada dekat tepi surau tu hehehe....Aku dari kecik lagi memang suka tengok lembu kena sembelih, pagi-pagi lagi aku dah excited nak tengok korban lembu...tak tau lah apsal aku ni obsess tengok lembu kena sembelih..hahaha..Aku ucapkan korang semua yang baca blog aku ni selamat hari raya aidil adha!!! Makanlah daging lembu puas-puas ok!!!cau!!!

Wednesday, December 3, 2008

HUJAN Bila Aku Sudah Tiada (official video)

This is the official video of HUJAN- Bila Aku Sudah Tiada, omg..!!!This video is so cool!!! To some people who doubt that Malaysian music videos are good than they should watch this video.
It's directed by REWAN ISHAK from a production house called REDEOSCAPE.Congratulations to HUJAN and REDEOSCAPE for successfully made the music video awesome!!!SUPPORT YOUR LOCAL MUSIC INDUSTRY!!!

Lagu / Lirik: Noh HujanDirector / Editor: Rewan IshakProducer: Iddin ShahDirector of Photography: Saifuddin Musa.

Monday, December 1, 2008

CICAKMAN 2 VS ANTOO FIGHTER!!! MANA LAGI HEBAT???






Hmmm.....Yang mana satu lagi hebat???Minggu lepas aku baru jer tengok tayangan perdana filem cicakman 2 pada sebelah malam, tapi pagi sebelum tu aku tengok filem antoo fighter dekat panggung tgv klcc.Sebelum aku tengok filem antoo figter tuh,terus terang aku cakap, sebenarnya aku tak beberapa tertarik dengan filem antoo fighter sebab dah banyak reviews dari blog-blog yang aku baca banyak hentam filem tuh, aku pergi tengok pon sebab saudara aku yang beriya-iya sangat nak tengok, jadi aku pon terpaksalah ikut....





Selepas beberapa minit aku tengok filem tuh, sumpah aku terkejut sebab tiba-tiba jer aku rasa enjoy dan CGI filem ni takde lah seburuk yang orang cakap, ada jugak CGI filem ni yang gempak giler bai...!!! contohnyer macam kepak drakulat dalam filem tuh, fuh!!! bapak real!!!Dan aku perhatikan bahawa komedi filem nih bukanyer lawak bodoh atau sengal tapi memang lawak sempoi..Dari mula sampai habis filem nih aku bergelak ketawa dan rasa enjoy giler..!!! Betullah cakap ompotih 'DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER', mungkin poster filem ni agak kureng sikit tapi aku cakap kat korang..filem ni best siot!!! Boleh dikatakan filem masyarakat lar!!!Fuhh,memang berbaloi aku beli tiket filem ANTOO FIGHTER NI!!!

Pada sebelah malam pulak aku tengok filem cicakman 2, perasaan aku masa tu sungguh excited dan aku mengharapkan filem ni lebih baik dari filem cicakman 1. Babak permulaan filem ni memang gempak aku cakap, lain dari yang lain.Banyak pelakon baru dan Villan baru pon ada iaitu RRAMA, tetapi pada pertengahan cerita, aku sedikit hairan sebab filem nih tak banyak babak komedi dan kalau ada pon orang tak gelak..hhmmm...pelik jugak sebab genre filem ni ialah ACTION/(COMEDY) tapi satu benda pon tak kelakar,dan perkara yang aku paling tak puas hati adalah apabila tiba-tiba saja beberapa shot filem ni jadi buruk tanpa sebab seperti guna kamera cikai....Tapi walau apa pon aku nak ucap kan tahniah kepada KRU dan Yusri sebab dia buat CGI semuanya dengan sendiri.Jalan ceritanya kemas dan tiada babak kaku dan banyak camera movement boleh dilihat.Tanpa rasa ragu lagi, aku memang dah tahu filem ni memang confirm meletup punyalah!!!

Aku tak boleh bagi tahu yang mana satu lagi hebat sebab kedua-dua filem ni ada kelebihan masing-masing,korang buatlah andaian korang sendiri dan lagi satu aku taknak filem kita dilaga-lagakan sebab perkara ini akan melahirkan pembuat-pembuat filem yang berkelompok sendiri. Dah banyak kali aku lihat perkara ni berlaku dalam industri filem kita, percayalah cakap aku berkelompok sendiri kita takkan kemana, tapi kalau kita bersatu baru kita boleh maju!!!


MAJU INDUSTRI FILEM MALAYSIA!!!

Friday, November 21, 2008

MORE UPDATE OF BOHSIA FILM 2009!!!

THE MAT REMPITS!!!
THE INNOCENT YOUNG WOMEN




THE ACCIDENT SCENE

Thursday, November 20, 2008

MY NEW BLOG LOGO!!!


This is my new logo for my blog, it's simple but at least it looks cool to me ...and yes, i designed the logo my self. I used photoshop to designed it ,photoshop is very useful and i think everybody should have it...The purpose for me making this logo is because i want to promote my blog so more people can visit my blog. There is a lot things that i want to write and what i think people should hear, what i write is not about this and that artist are breaking up or non logical stupid gossips but i write things that can make people understand what they misunderstood and i write things to wake people up from their sleep.So if you want 'change' like President Obama said, just follow or subscribe my blog and you just made my day!!! Peace!!! See you again on my next post!!!

Saturday, November 15, 2008

ANUGERAH OSKAR MALAYSIA KE 7 BEST TAPI TAK KENA TEMPAT???

baru balik dari anugerah oskar Malaysia ke 7
Roslan Shah kelakar!!!hahaha!!!

Anugerah oskar Malaysia ke 7 best tapi tak kena tempat??? hmmm...Kalau korang tengok tempat anugerah macam anugerah bintang popular atau festival filem Malaysia mesti buat dekat 'arena of stars' Genting ataupun stadium-stadium dekat Malaysia ni kan??? Pentas mesti besar dan efek lampu pun mesti best....tapi malangnya anugerah yang dianggap berprestij iaitu anugerah oskar Malaysia tidak berbuat seperti demikian...Aku datang dengan Papa dan Mama aku pergi anugerah tersebut, siap bawak sepupu aku lagi pasal aku ingat kan gempak tapi rupanya macam pergi majlis graduasi sekolah jer...Pentas dah lar kecil pastu efek lampu ada lar dua tiga tiang lampu warna-warni...Aku tak salahkan pihak penganjur dan persatuan tersebut kerana diorang dah usaha macam2 untuk dapat sponsor tapi tak dapat...Ramai termasuk pihak kerajaan yang ragu-ragu dan tidak menyokong anugerah ini kerana dianggap tak berprestij, tapi kalau dah takde sape nak sokong macam mane nak berprestijkan??? Bagi aku sokongan tu penting dan pihak kerajaan tidak seharusnya memperlekehkan anugerah oskar ini , cuba kita lihat anugerah OSCAR AMERICA yang dah maju tahap dewa sebab kerajaan diorang sokong dan banyak syarikat filem diorang memberi sumbangan..Aku bukan nak harapkan oskar Malaysia sama taraf dengan America punya Oscar tapi sekureng-kurengnyer pon tempat biarlah gempak sikit.Walaubagaimanapun aturcara diorang memang menghiburkan dan aku suka tengok gelagat pengacara (ROSLAN SHAH) yang kelakar tuh hahaha....Aku siap sempat lagi tolong jadi wakil menang anugerah produksi filem terbaik untuk evolusi kl drift, glamour aku..hehehe...Aku nampak anugerah oskar ni ada masa depan yang cerah jika diberi sokongan, jadi sokonglah INDUSTRI FILEM TANAH AIR!!!FILEM KITA WAJAH KITA!!! Jumpa lagi dalam blog pos aku yang akan datang! senang-senang korang follow jer blog aku nih, klik jer kat belah kanan bawah blog ni ok!!! peace!!!




Thursday, November 13, 2008

KANYE WEST NEW ALBUM COMING OUT NOV 24!!!


Ohhh my god!!!!! I can't wait to buy his new album!!! The album title is called '[808's & Heartbreak]'. One thing though, i don't know why he sings a lot with the auto-tune effect but its cool and it sound great. His first released song was 'love lockdown' and i think the song is dope and addictive, seriously i got a lot of friends who hated kanye but this song make them sing!!!haha!!His second released song was 'heartless', but its not playing in Malaysia yet..I think this album is a tribute for his late mother who just passed away this year, no wonder there's a lot of sad songs in his album.Anyway i just want to say best of luck for kanye west new album!!! Make sure all of you buy his album alright, peace!!!

Saturday, October 25, 2008

FILEM BOHSIA!!! (JANGAN PILIH JALAN HITAM)


Filem ini diterbitkan oleh syarikat SKOP PRODUCTION dan diarahkan oleh Syamsul Yusof. Filem bohsia adalah filem kedua yang diarahkan oleh Syamsul dan kos filem ini menelan rm 1.5 juta ringgit berbanding filem arahan pertamanya yang menelan kos hingga ke rm 2 juta ringgit. Ini kerana filem ini tidak melibatkan babak aksi perlumbaan kereta yang melibatkan kos sewa kereta yang mahal. Walaubagaimanapun babak-babak aksi masih lagi diketengahkan dalam filem ini dan kepayahan untuk membuat filem ini tidak kurang samanya dengan kepayahan membuat filem EVOLUSI KL DRIFT.Filem ini mengisahkan tentang masalah sosial remaja dan masalah keluarga. Banyak aksi lumba motor yang akan disaksikan didalam filem ini , walaupun filem ini mempunyai beberapa persamaan dengan filem 'REMP-IT', syamsul menjanjikan sebuah kelainan dalam filem ini berbanding dengan filem-filem aksi motor yang telah ditayangkan sebelum ini. Filem ini dijangka akan menemu penonton pada tahun 2009.

Friday, October 3, 2008

MALIQUE-LAYU


I made this video especially for all the Malays out there including me.Its time for change everybody,there is still hope!!!HIDUP MELAYU!!!TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!!!

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI!!!


Sempena akhir bulan puasa ni, saye buat pertama kalinya menulis dalam bahasa Melayu yang saya cintai. Pada hari raya tahun ini marilah kita menyambutnya dengan meriah tetapi sederhana kerana ekonomi yang agak meleset baru-baru ini hehehe...Saya berharap kita dapat melupakan perkara-perkara yang telah berlaku atau pun dendam-dendam di dalam hati kita supaya kita dapat bermaaf-maafan di hari raya dengan sempurna, bak kata pepatah 'buang yang keruh, ambil yang jernih'. Saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana saya masih lagi mempunyai ibu-bapa dan keluarga yang saya sayangi untuk meraikan hari raya bersama kerana tanpa mereka apalah maknanya hari raya untuk saya. Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya lukakai hatinya dan saya berharap agar mereka menyambut hari raya dengan sempurna.SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!